well, basically banyak sangat benda yang berlaku, and of course aku taknak cerita semua tu haha 😂
well, sekarang umur pun dah 20, tapi baru first year second sem degree. banyak lagi sem untuk ditempuh. dan banyak benda juga yang dah ditempuh. dan semua yang ditempuh tulah yang mendewasakan aku harini. semua yang berlaku, baik atau buruk, banyak sangat hikmah yang terjadi. aku sekarang susah nak bergantung pada manusia. aku lebih suka bersendirian, cakap dengan Allah, sebab aku tahu Allah je yang takkan tinggalkan aku, Dia je yang akan makbulkan doa dan harapan aku. apa-apa terjadi pun, memang Dia je sentiasa ada dengan aku. biarlah aku takde kawan rapat, biarlah takde siapa minat aku. yang penting aku masih ada Dia dan ibu ayah adik2 yang sentiasa support aku, yang sentiasa bantu aku. Juga, tak lupa kucing2 aku yang sentiasa menceriakan hidup aku.
Hidup sebagai seorang pelajar bukan lah senang, homework assignment group project itu ini blablabla. banyak sangat benda, takde masa nak fikir benda remeh temeh like orang suka ke aku, ada orang nak kawan aku ke tak hmm takde masa weh nak kawan kawan, taknak babai.
seriously, aku sekarang selain study, aku cebur diri dalam business, moga-moga business aku akan terus maju. bukan apa, aku perlukan duit poket, aku taknak harapkan ayah lagi, kesian weh hmm he have nothing you know!! kesian sangat, aku kira dah lepas masuk belajar ni alhamdulillah. ni adik2 aku pulak tengah proses membesar, nak exam besar pastu nak masuk U, makan banyak perbelanjaan. ayah cuma seorang peniaga kecilan, takde modal, takde tempat tetap, jualan yang ada pasang surut kadang laris kadang angin sepoi2, macam mana nak support kami semua. dengan sewa rumah, bil telefon elektrik air and pelbagai lagi tanggungjawab. ye sangat susah. kami pernah kot tak makan sehari 2, ada makan pun megi ke gitu2 je, but still aku bersyukur duduk dalam keluarga ni.
jadi dengan itu aku sebagai sulung akan cuba sedaya upaya untuk kurang kan beban ayah walau sebesar zarah hm. kadang orang tak faham, biar lah orang tak faham. aku tak sabar nak kerja, ada duit banyak, jadi kaya. aku nak tolong ibu ayah, aku nak tolong adik2. wah tak sabarnya, moga Allah kabulkan doa aku nanti.
namun, aku seorang peremouan biasa yang kadang diganggu emosi tak stabil. ditambah lagi dengan hubungan ibu ayah yang dah longgar2 hmmm aku jadi siksa juga memadangkan aku yang sulung. aku taknak adik2 aku tak hormat ibu ayah. aku taknak adik2 aku menagih kasih dari orang luar. biarlah kita tak kaya harta tapi jangan miskin akhlak.
tetibe rasa nak buat surat lak haha
wahai adik2 akak yang akak sayang sangat! kalau akak takde, jaga lah ibu ayah baik2, jangan sesekali tinggalkan dorang, dorang tak pernah tinggalkan kita dari kecil taw, walaupun kita tak mampu, tetap dorang berusaha keras untuk kita, hormat dorang sampai bila2! akak takde lah kisah sangat kalau korang tak hormat akak tapi please hormat ibu ayah. ingat, walaupun korang dah kahwin, ibu ayah masih bawah tanggungjawab anak lelaki. maafkan akak sebab tak dapat jadi kakak yg terbaik buat korang, akak garang macam singa, akak tak cantik macam orang lain, akak tak lembut macam kakak2 angkat korang tu. tapi dengan siapa lagi akak nak bermanja, marah2 sayang? korang je lah akak mampu buat semua tu.. love you my triple Rahmuni xoxo
wahai ibu ayah yang akak sayang sangat sangat sangat. maafkan segala salah silap akak ye. akak tahu akak banyak susahkan ibu ayah. maafkan akak atas segalanya. halalkan segala makan minum ilmu duit tenaga, semuanya lah ye hehe.. terima kasih jaga kucing2 akak, terima kasih hantar akak sana sini, terima kasih lindungi akak, terima kasih kemas barang2 akak. akak sayang sangat ibu ayah, ibu ayah lah nyawa akak. akak sedih tengok ibu ayah gaduh, jangan lah gaduh lagi, akak tak suka taw..
okay tu je nak meroyan coz yeah baru 1st week macam banyak masa terluang en rasa nak bazir sikit kahkah.
moga sem baru ni, dapat lah tingkat kan sikit cgpa, pastu business makin maju, seiring dengan become a better muslimah amiin..